YANG MANA LEBIH MUDAH JANA INCOME, AFFILIATE ATAU DROPSHIP?

AFFILIATE MARKETING VS DROPSHIP



Ramai betul yang keliru dengan dua terma model bisnes ni. Ada yang buat terjemahan sendiri, ada yang buat takrifan ikut pengalaman dan ada juga yang hentam keromo memberi kesimpulan.
Jika anda rasa dua jenis bisnes ini ialah PERKARA YANG SAMA, ANDA SALAH!
Sebelum memilih model bisnes, anda perlu tahu kedua-dua jenis model ini supaya anda boleh buat pilihan yang tepat. Ada orang dah buat dropship beberapa bulan, tiada sales. Rupanya kekuatan diri dia ada dalam affiliate marketing.
Ada orang buat affiliate bertahun, rupanya dia lebih cepat jana income melalui dropship. Perkara begini berlaku disebabkan tersilap memilih model bisnes.
Jom kenal kedua-dua model bisnes ini .

DROPSHIP

Dropship ialah satu model bisnes yang tidak memerlukan anda menyimpan stok produk dan tidak perlu lakukan penghantaran barang. Anda hanya perlu mengambil tempahan dari pembeli, kemudian melakukan tempahan kepada supplier. Supplier akan uruskan penghantaran produk kepada pembeli.
Anda boleh buat dropship melalui media sosial dengan cara post di wall, jual di fanpage, jual di instagram dan sebagainya. Namun cara paling sesuai ialah dengan mencipta satu online store untuk letakkan semua produk dropship anda di sana.
Anda buat income dengan cara berikut
Harga Jual – Harga Supplier = Untung
Kelebihan memilih bisnes dropship ialah anda tidak perlu menyimpan stok produk. Namun ada kekurangannya iaitu anda masih perlu bertanggungjawab kepada pelanggan anda. Anda sendiri perlu sediakan customer support melalui online store anda.
 AFFILIATE MARKETING
Affiliate ialah model bisnes yang anda mengambil komisyen selepas pembeli membuat pembelian melalui link anda. Anda promosikan suatu produk, prospek berminat dan mendapatkan produk daripada link anda, anda ada untung.
Website anda tidak berfungsi sebagai online store tetapi hanya berfugsi sebagai bahan marketing untuk pemilik produk. Anda sebenarnya bekerja untuk orang lain dengan komisen yang sudah ditetapkan oleh mereka.
Kelebihan utama affiliate ialah anda tidak perlu banyak kerja. Cukup sekadar anda bawa trafik kepada web jualan, selebihnya diuruskan oleh pemilik produk. Customer support juga tidak perlu disediakan oleh anda.
Kekurangan affiliate marketing ialah anda tidak boleh jual lebih mahal atau lebih murah dari harga sebenar. Anda hanya perlu mengikut apa yang tertera di web jualan produk tersebut sahaja.
 MANA LAGI BAGUS?
Kedua-dua modal bisnes ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pemilihan anda bergantung kepada kekuatan diri anda sendiri.
Jika anda ada ramai pengikut setia, anda boleh buat affiliate marketing.
Jika anda kurang bergaul dengan orang, lebih suka bekerja di belakang tabir, anda lebih sesuai untuk dropship dengan online store (e-commerce)
Atau jika anda rasa anda boleh buat kedua-duanya sekaligus, anda boleh buat kedua-duanya dengan model bisnes dan diletakkan di dalam satu online store yang sama niche (bidang)
 YANG MANA LEBIH BANYAK UNTUNG?
Jika dilihat dari segi gerak kerja & perletakan harga barang, model bisnes dropship akan memberi lebih banyak keuntungan kepada anda.
Andaikan supplier meletakkan harga pasaran RM30, anda boleh jual lebih mahal dari itu dengan berikan sedikit caj konsultasi kepada prospek.
Anda juga boleh cipta beberapa pakej yang memberi pilihan kepada pembeli sama ada melalui gabungan beberapa produk berbeza atau pakej set produk yang sama. Setiap pakej anda boleh naikkan harga lebih mahal, dan anda akan dapat lebih banyak untung.
Berbanding affiliate, anda tidak boleh naikkan atau turunkan harga sesuka hati. Jika anda berbuat demikian, anda boleh disaman oleh pemilik produk kerana melanggar peraturan affiliate produk mereka.
TEKNIK BARU : ECOMMERCE + AFFILIATE
Sekarang dah masuk tahun 2017, telah wujud banyak platform affiliate yang menyerupai dropship. Apa yang menarik mengenai platform ini ialah:
[+] Anda tidak perlu simpan stok
[+] Anda tidak perlu pos barang
[+] Anda tidak perlu PM Whatsapp prospek
[+] Bisnes dijalankan secara automatik
[+] Hanya promote melalui link affiliate
[+] Jana income RM
 Model bisnes baru ini semakin memudahkan urusan anda untuk jana income.
Jika anda berminat untuk belajar mengenai model bisnes baru ini, anda boleh hubungi saya www.wasap.my/60149939139/PemasaranAffiliate
Saya akan terangkan Bagaimana Untuk Menjadi Affiliate
Terima kasih.


FAIZUL ALI ANUI

Faizul Ali Anui memulakan perniagaan Affiliate Marketing sejak 2012. Mencapai RM1.5 Juta jualan pertama pada 2015. Memulakan blog pemasaran dengan tujuan untuk membantu lebih ramai Usahawan Affiliate yang baru bermula dengan panduan yang betul. Thanks, Faizul Ali Anui adalah founder faizulrichtrading.blogspot.com

Comments

  1. Halo, saya adalah Ignatius Mahud Dari Melaka, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian mengenai bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman Pinjaman Legit dan sebenar yang telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi rahmat, daripada menjadi miskin kepada wanita kaya yang kini boleh berbangga dengan kehidupan yang sihat dan kaya tanpa tekanan atau masalah kewangan. Selepas bertahun-tahun yang cuba mendapatkan pinjaman dalam talian terbukti abortif, saya kecewa dan saya kehilangan harapan kerana saya mempunyai kredit yang buruk dan bank-bank juga menolak saya, maka saya mendengar kawan saya yang baru-baru ini mendapat pinjaman dalam talian dari syarikat pinjaman maka saya memutuskan untuk menghubungi beliau untuk mendengar daripadanya, apabila bertemu dengannya, kami membincangkan mengenai isu itu dan kepada kesimpulan kami dia memberitahu saya mengenai firma pinjaman yang disebut ANNETTE ROBERT FINANCIAL HOME LLC. Oleh itu saya menghubungi mereka dan memohon sejumlah pinjaman berjumlah RM410,450.00 ($100,000.00 USD) dengan kadar faedah yang mengagumkan sebanyak 2%, pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan yang dibuat berhubung pemindahan pinjaman dan dalam masa kurang dari 4 hari , pinjaman itu dipindahkan ke akaun saya. Sekiranya anda berminat atau memerlukan lebih banyak maklumat, sila lakukan dengan baik untuk menghubungi mereka sekarang;

    annetterobertloanfirm@gmail.com atau anda juga boleh Panggil / Teks +1 408-721-6191 untuk maklumat lanjut.

    Mereka mungkin tidak tahu melakukan ini tetapi saya berdoa agar Tuhan memberkati mereka demi kebaikan yang telah mereka lakukan dalam hidup saya dan saya sangat percaya orang lain memberi kesaksian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

NAK BERNIAGA TETAPI ... ?

BAHAGIAN 1 : BENARKAH AFFILIATE JUNCTION PONZI SCHEME | SCAM | MLM ?

BAHAGIAN AKHIR : USAHAWAN AFFILIATE MARKETING BAKAL JADI JUTAWAN ?