BAHAGIAN 1 : BENARKAH AFFILIATE JUNCTION PONZI SCHEME | SCAM | MLM ?


KENAPA HARI INI RAMAI ORANG TAKUT DENGAN AFFILIATE JUNCTION ❔

Ramai yang bercakap diluar sana bahawa apa yang dibuat oleh Affiliate Junction (AJ) adalah sebuah Ponzi Scheme / Scam / MLM dan sebagainya sehinggakan sampai ke hari ini TIADA BUKTI yang menunjukkan AJ adalah Ponzi Scheme / Scam / MLM dan sebagainya.

Jika benar terbukti AJ menjalankan aktiviti Ponzi Scheme / Scam / MLM dan sebagainya KENAPA sehingga ke hari ini semakin banyak syarikat - syarikat SME & gergasi berkolaburasi dengan Platform AJ ?

Apakah yang sebenarnya cuba disampaikan oleh mereka - mereka yang cuba mempengaruhi orang ramai dengan mengakui bahawa AJ adalah Ponzi Scheme / Scam / MLM dan sebagainya ?

Siapakah mereka - mereka ini yang seringkali menyampaikan berita - berita palsu ini ? Apakah tujuan dan niat mereka melakukan sedemikian ?

Apakah Profession mereka - mereka ini ? Adakah pakar - pakar penyelidik ekonomi kebangsaan ? Atau pakar penyelidik kewangan & pembangunan kemanusia ? Atau pakar dalam bidang pemasaran teknologi data ?

Pernahkah anda selidik siapakah mereka - mereka yang menyampaikan berita - berita palsu berkenaan ? Apakah niat mereka yang sebenarnya ? Apakah pekerjaan mereka - mereka ini ? Apakah bisnes mereka - mereka ini ?

Adakah mereka ada kepentingan dalam memburuk - burukkan AJ serta Usahawan2 AJ secara keseluruhanya ?

Disini saya akan jelaskan kepada anda semua yang cuba mencari jawapan sebenar kepada berita - berita yang disampaikan oleh mereka tanpa ada sebarang kekeliruan.

PERTAMA : ANDA PERLU TAHU BAGAIMANA iSYNERGY TERUS BERDIRI TEGUH SEHINGGA KE HARI INI

iSynergy adalah sebuah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Aktiviti utama iSynergy adalah "Affiliate Marketing" ; merujuk pelanggan  berbelanja ke kedai dengan menikmati faedah seperti DISKAUN & MATA GANJARAN dengan menjadi ahli kepada iSynergy Kad secara PERCUMA. Pada waktu itu, sebuah syarikat cermin mata terkenal, syarikat gunting rambut terkenal, syarikat telco prepaid terkenal dan syarikat panggung wayang terkenal bersetuju menjadi pengiklan iSynergy.

Pada tahun 2009 menurut rekod jualan pada waktu itu amat membanggakan walaupun pada waktu itu pemilik dan kakitangan iSynergy sendiri yang melaksanakan tugas seperti mencari pengiklan, memberi penerangan kepada orang ramai dan membuat promosi. Dalam usaha berkenaan timbul cabaran dimana kerja - kerja pengurusan tidak dapat ditumpukan 100% kerana masa telah banyak diperuntukkan untuk 3 tujuan sebelum ini, maka timbul idea dimana iSynergy perlu tumpukan fokus utama terlebih dahulu. Apa yang lebih penting didala mengembangkan "Affiliate Marketing" waktu itu ? Hasil perbincangan dan panduan maka sebenarnya yang perlu di fokuskan adalah ayat pertama "Affiliate Marketing" ; Affiliate perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kenapa perlu diutamakan Affiliate ?
Mengikut kejayaan syarikat - syarikat "Affiliate Marketing" pada waktu itu seperti Amazon dan Alibaba adalah kekuatan Affiliate mereka yang membuatkan perjalanan syarikat mereka terus berkembang ke serata dunia. Hasil penyelidikan dan kajian yang mendalam iSynergy mendapat rentak yang sebenar dan terus fokus kepada melahirkan Affiliate terlebih dahulu. Bagi memantapkan lagi "Affiliate Marketing" di Malaysia pada 2010 diperkenalkan jenama Affiliate Junction (AJ) .

Cabaran demi cabaran maka lahirlah Program Affiliate Pertama iSynergy iaitu MYKAD SMART SHOPPER hasil idea penggerak - penggerak Affiliate dan pengurusan iSynergy pada waktu itu. Selepas beberapa tahun mengharungi pelbagai liku cabaran yang sangat menarik maka tiba masanya iSynergy melancarkan pula Retail Network Affiliate Program kedua. Ditempoh juga segala halangan dan ranjau sehingga tiba detik yang sangat dinanti - nantikan oleh Affiliate di AJ pada waktu itu, iaitu Online Shopping yang dinamakan sebagai Smart Saver pada 2015.

Kejayaan demi kejayaan iSynergy tidak terhenti disitu sahaja tetapi iSynergy Holdings Berhad telah berjaya disenaraikan di Papan Kedua National Stock Exchange (NSX), Australia pada 31 Ogos 2015. Setahun lebih selepas itu, sekali lagi iSynergy menempa sejarahnya tersendiri iaitu tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Australia (ASX) pada 30 Mac 2017 yang lalu.

Jika dilihat dari segi KEKUATAN AJ itu adalah terletak kepada KEPERCAYAAN iSynergy dan Affiliate nya dalam mencapai MISI & VISI yang jelas. Adakah ini menjadi satu kesalahan disisi undang - undang atau perlembagaan Malaysia ?

Sebuah syarikat tempatan berjaya berada di Bursa Saham 10 terbaik dunia adakah menjadi satu kesalahan juga ?   iSynergy cuma menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai untuk menjadi penggerak kepada "Core Business" iaitu dengan jelas "Affiliate Marketing" sebagai Affiliate atau Agensi berdaftar beserta yuran sebagai syarat perjanjian usahasama menjalankan program Affiliate dibawah Platform AJ dengan faedah - faedah tertentu kepada syarikat Affiliate atau Agensi terbabit.

Dari mula syarikat saya terlibat sebagai Agensi di AJ belum pernah lagi saya tidak terima sebarang bentuk bayaran komisyen selagi mana syarikat saya mengusahakan platform AJ antaranya MEMPROMOSIKAN

Program Affiliate Mykad Smart Shopper
- Mendaftar Keahlian MSS secara PERCUMA
- Mendaftar Pengiklan MSS

Program Agensi AJ

Satu - satunya perniagaan saya yang kekal sehingga sekarang berbanding perniagaan atau pekerjaan saya sebelum ini yang hanya bertahan kira - kira 4 tahun sahaja itupun disebabkan oleh cabaran PERSAINGAN dari syarikat - syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama dengan saya.

Berlainan dengan Platform AJ kerana sehingga ke hari ini TIADA PESAING yang mampu menyaingi idea AJ malahan kebanyakan syarikat - syarikat "Affiliate Marketing" Online bersama - sama dengan AJ berganding bahu memantapkan dan mengembangkan lagi "Affiliate Marketing" di Malaysia dan Asia.

Ada yang berkata iSynergy raih keuntungan daripada pendaftaran Affiliate dan Agensi. Adakah ianya asas utama kepada tuduhan mereka yang mengatakan AJ adalah Ponzi Scheme / Scam / MLM dan sebagainya ?

Saya akan sambung Part 2 ....

Comments

  1. menipu org jeeee.............

    ReplyDelete
  2. Halo,
    nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat seorang kawan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

    Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

    ReplyDelete
  3. Memang menipu orang, dari RAA yg menulis blog ni pun memaksa orang utk bt loans ambil lesen smp maksimum utk dia bt grup sales. Cakap manis kata nak tolong orang smp berjaya HARAM JADAH, mmg ni skim MLM memaksa org

    ReplyDelete
    Replies
    1. U xboleh cakap ini mlm,scamm.U kena selidik latar belakang syarikat.If mindset u set benda negatif sampai bila u xkn berjaya.Mmg ada yg bt loan utk bisnes ni tapi income yg mereka dapat berlipat ganda kalau mereka bt bersungguh utk berjaya.Kejayaan tidak datang bergolek.selagi kita berkudrat,kita kerja selagi mampu dan berusaha.😊

      Delete
    2. Ni lh ayat orng mlm...ayat yg meyakinkan dan tapi hakikatnya kenceng je

      Delete
    3. Hakikatnya mmg scam.AJ lebih kpd head hunting.jual lesen dpt komisen.kbnykn target diorang student U.sampai sanggup berhutang semata² nk beli lesen...scammer kaya,student merana...

      Delete
  4. awal2 shj mulut manis, nk tolong sampai berjaya.. bila dah ada lesen okay lagi.. lepas upgrade premium nampak dah belang dia..tinggal mcm tu ja, buat2 bizi dengan partner lain.. semua kena bt sendiri. kat mulut kata ikhlas nk tolong..padahal sebab duit ja.. dorang ni jenis memaksa yg kita tak perasan. bila buat takda masa nak rehat, xda masa ngn family, asyik kena push ja. dipaksa join semua event dorang dan semua guna duit sendiri...mati wehh lama2, result belum tentu ada.. SUMPAH aku menyesal bt benda ni

    ReplyDelete
  5. Kenapa ye ahli mcm terdesak paksa anak sy yg baru masuk universiti utk joint affiliate junction ni.. Budak yg naif x tau apa dipaksa utk joint, dh tentu la klau joint menyusahkan mak bapak utk byr rm1000 tu.. Alhamdulillah anak dilindungi Allah dari joint

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya AJ tidak mendapat keuntungan yang besar dari MSS pay. Tetapi AJ mendapat keuntungan utama dari penjualan suite suitenya yang amat mahal. saya sendiri terjebak dengan benda ni. hari ini, 20/12/2019, saya sangat menyesal bazirkan rm1000 saya. referral saya cakap tak perlu bagitau mak ayah sebab hasilnya singkat je. lepas dapat hasil baru tunjuk mak ayah. dulu lawrence teo ada cakap ini adalah partnership program dengan franchise. tapi bila cari kat e-semakan takde pun nama AJ ni. sumpah saya tertipu. bila saya masuk. dia ajar saya tarik orang dengan kata2 manis dan menipu. sumpah ini adalah satu skim penipuan. ini adalah syarikat yang menjual lesen/suite sebagai keuntungan utama. bukannya dari komisyen dan bukan dari MSS pay itu sendiri. MSS pay hanya bagi keuntungan tepi/sebahagian syarikat. MSS pay adalah sah dan betul. Tapi AJ ni adalah satu skim di sebalik MSS pay. yang dah join tu sedarlah bro. yang pakai MSS pay tak ramai pun tapi imagine leader2 kat atas semua taraf2 jutawan. cari artikel luqmanul atau search google 'adakah Affiliate Junction mlm' . saya dah lakukan tugas saya . saya menyebarkan kebenaran sebab saya pun dah pernah terlibat. AJ adalah satu penipuan!!!!!!!!!

      Delete
    2. Bang aj ni terlibat jugak ke dalam mss

      Delete
  6. Yang tak tahu, jangan keliru tapi tanya...apa ii projek mesti melalui proces, aq bersyukur sebab Allah tunjukkan platform yang luar biasa hebat thanks to AJ, i'll fight to GP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuu..sokong..yang tk buat betul" jer kata benda nii penipu..ingt!!! nak jadikan sesuatu sistem itu sangt" susah..perlu melalui banyak proses..tngk lahh dalam app mss tu.. banyak dh prubahan..takkan tk nampak lagi yang kata AJ nii penipu..hadeh..open mindset laaaaa..

      Delete
  7. Sebenarnya ramai yang salah faham atau tidak faham dengan konsep dan ekosistem business AJ ini dan membuat research dan andaian sendiri, dan itu telah menyebabkan penyebaran fitnah walaupun dari dulu lagi tetapi sehingga ke hari ini bermacam- macam awards penghargaan dan sebagainya yang company telah achieve. Kalau sakit jumpa Doktor, Kalau kereta rosak jumpa Mechanic, Kalau nak tanya ilmu Agama jumpa Ustaz Mufti Ulama’ begitu juga dengan business ini, tanya pada ahli yang pakar dan sumber yang sahih bukan di Google yang tidak pasti kesahihannya.

    P/S: Saya tidak menyebelahi mana- mana pihak cuma saya hanya mengikut peredaran semasa berkenaan business ini.

    Lihat permohonan terbuka dan kena tindakan saman, jadikan sebagai pengajaran.
    https://youtu.be/HPzxZNZTB38

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izinkan saya mencelah, saya merupakan graduan dalam bidang perdagangan antarabangsa dan sememangnya arif perihal perniagaan ni.

      Pada pengamatan saya, AJ ini dia memberi peluang untuk menjana pendapatan pada masa yang sama ia menjerat ‘mangsa-mangsa’ dengan kontrak dan perjanjian yang tidak akan ke mana-mana.

      Hal ini demikian kerana ROI yang dijanjikan kepada ‘mangsa’ amatlah tidak masuk akal dengan tempoh yang singkat serta pulangan yang tinggi.

      Ada banyak lagi sebab-sebab saya nak ulaskan dan saya menyerahkan kepada yang lain untuk celik mata dan mengkaji melalui seperti Haikal nyatakan, pakar perniagaan. Sekian.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. jual lesen je baru dapat hasil
    setakat affiliate program memang sampah... hahaha
    terus terang dgn org yg baru join , tak jual lesen , takde hasil

    ReplyDelete
  9. kalau fully untung dari head hunting betul ke business macamtu? at least mlm lain ada jugak yang jual produk yang boleh tolong orang walaupun still rekrut orang tapi untung paling besar mereka dari penjualan produk

    ReplyDelete
  10. Affiliate xada apa2 bisnes pun.
    Jual lesen Saja.
    Kalau X headhunting xada incum.
    Affiliate akan pupils kalau xada orang beli lesen dia.

    ReplyDelete
  11. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

NAK BERNIAGA TETAPI ... ?

BAHAGIAN AKHIR : USAHAWAN AFFILIATE MARKETING BAKAL JADI JUTAWAN ?