BAHAGIAN AKHIR : BENARKAH AFFILIATE JUNCTION PONZI SCHEME | SCAM | MLM ?
Part 2 (Akhir) : KENAPA HARI INI RAMAI ORANG TAKUT DENGAN AFFILIATE JUNCTION ❔
Ada yang kata iSynergy kenyang dengan yuran pendaftaran Affiliate dan Agensi ? Jika iSynergy berniat sedemikian saya adalah orang yang PERTAMA akan menentang isu berkenaan sebelum anda terjerat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya dan bukan seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak yang ingin meranapkan iSynergy dan AJ. Jelas sekali niat mereka - mereka ini tidak lebih seperti dia yang serba tahu, padahal hakikatnya mereka lebih kepada berniat tidak baik.
Alasan membela nasib bekas usahawan AJ untuk mendapatkan kembali wang dan sebagainya adalah satu polimek semata - mata. Saya berkata demikian adalah kerana
PERTAMA : TIADA ISTILAH BEKAS USAHAWAN AJ
- Setiap syarikat yang bersetuju menjadi Affiliate atau Agensi AJ, mereka ada tempoh kerjasama diantara 3 tahun hingga seumur hidup. Isunya BAGAIMANA ISTILAH BEKAS USAHAWAN AJ ITU WUJUD ? Sila tanya semula dengan Usahawan AJ tersebut adakah dia masih menyimpan segala butiran perjanjian dan dokumen - dokumen serahan selepas mendaftat sebagai Affiliate atau Agensi AJ.
KEDUA : MEREKA DIDAKWA DITIPU OLEH AJ
- Keterangan berkaitan dakwaan ditipu itu adalah berkaitan apa sebenarnya ? Adakah tidak menerima sebarang pembayaran komisyen seperti yang tertera didalam perjanjian yang telah di meterai oleh pemohon Affiliate atau Agensi ? Jika ada aduan boleh dibuat terus kepada iSynergy atau rujuk kepada Peetubuhan Gabungan Usahawan Affiliate Junction Malaysia (PGUAM) untuk khidmat bantuan.
KETIGA : TIDAK MENDAPAT PULANGAN MODAL
- Ini antara soalan yang selalu diajukan kepada saya. Isu balik modal ini terlalu subjektif sebenarnya kerana dalam semua bentuk perniagaan adakah dijanjikan pulangan modal ? Jika anda berniaga adakah anda tahu bila pulangan modal akan dikembalikan ? Anda sendiri pun tidak tahu sama ada modal itu dapat dikembalikan atau tidak. Yang penting adalah BAGAIMANA ANDA MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN TERSEBUT SEHINGGA PULANGAN MODAL DAPAT DIKEMBALIKAN.
KEEMPAT : TIDAK RAMAI YANG NAK REBUT PELUANG AJ
- Perlu tahu kenapa orang tidak mahu menerima peluang di AJ terlebih dahulu. Kenal pasti apa punca kepada isu yang dibangkitkan. Saya percaya antara isu yang membuatkan ramai yang tidak mahu ambil peluang di AJ adalah kerana BERITA PALSU YANG DISAMPAIKAN OLEH MEREKA YANG ADA NIAT MENJATUHKAN REPUTASI AJ seperti yang saya catatkan pada Part 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=403323186713528&substory_index=0&id=200518833660632
Anda baca anda akan lebih faham kenapa orang ramai tidak mahu rebut peluang menjadi Usahawan AJ walaupun pada hakikatnya mereka sudah maklum potensi yang akan mereka perolehi daripada Platform AJ. Cukuplah 4 point sahaja saya jelaskan kepada anda semua tentang apa yang digambarkan oleh penulis dan penyebar berita - berita palsu tentang AJ.
Ada juga yang membuat penulisan Pemilik iSynergy dan ada dikalangan Usahawan AJ pernah terlibat dengan syarikat MLM. Point saya mudah sahaja
PERTAMA : ADAKAH PENGLIBATAN MEREKA INI MAAIH AKTIF SAMPAI SEKARANG DENGAN SYARIKAT MLM TERSEBUT ?
KEDUA : ADAKAH ANDA TAHU APA YANG TELAH MEREKA ALAMI PADA WAKTU TERSEBUT ?
KETIGA : PERNAH ANDA SEMAK DENGAN SYARIKAT MLM TERSEBUT TENTANG NAMA - NAMA MEREKA INI MASIH AKTIF ?
KEEMPAT : GAGALNYA SESEORANG ITU ADAKAH BERMAKNA MEREKA AKAN TURUT GAGAL BUAT SELAMA - LAMANYA ?
4 point diatas jika anda bertindak mencari kebenaran pasti akan ketemui jawapan yang sahih dan tepat. Saya juga melalui zaman kegagalan dalam bisnes dan kerjaya saya sebelum ini dan tidak bermakna saya tidak boleh bangkit semula membina kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Tidak salah jika mereka atau saya sedar tentang kesilapan yang lalu dan bangkit semula dengan iltizam serta semangat yang lebih baik.
Terlalu banyak bisnes hari ini memburukkan antara satu sama lain, tidak perlu saya perjelaskan disini dan saya percaya anda juga sedia maklum mengenai maksud saya ini. Lihat sahaja dikaca tv rumah anda, ada sesetengah iklan itu sanggup menjatuhkan pesaingnya dengan memaparkan kelemahan serta kekurangan pesaing mereka.
Di AJ kami diajar untuk MEMBANTU, MEMBIMBING, MEMIMPIN & BERSATU menjayakan antara satu sama lain seperti Pengguna, Pengiklan dan Usahawan AJ. Sifat seperti ini tiada didalam mana - mana organisasi dan saya amat percaya bahawa pengalaman lalu pemilik dan usahawan AJ ketika melalui zaman kejatuhan yang amat teruk banyak mengajar diri kami tentang pentingnya membuat kebaikan daripada mementingkan diri sendiri.
Apa lagi yang ingin diperjelaskan lagi tentang kehebatan kami sebagai Usahawan - Usahawan AJ serta iSynergy dalam mengharungi liku - liku perjalanan yang anda sendiri tidak nampak sebenarnya. Inilah kunci utama mengapa iSynergy, Affiliate Junction dan Usahawan AJ mampu bertahan sehingga ke hari ini. Doakan juga kami iSynergy, Affiliate Junction dan Usahawan AJ menjadi antara Insan Luar Biasa Hebat dalam menakluk Asia sebagai Hub "Affiliate Marketing Network" Terbesar.
Terima kasih kerana sudi membaca penulisan seorang yang hanya insan kerdil, tidak ternama dan tiada kuasa untuk menghasut sesiapa pun dalam hal - hal yang disampaikan kepada anda semua. Niat saya ingin perjelaskan tentang penulisan serta penyebaran berita - berita palsu yang hanya menjurus kepada tohmahan yang tidak berasas sama sekali. Saya tidak dibayar se sen untuk penulisan ini dan tiada siapa pun yang memaksa saya untuk membuat kenyataan ini. Niat saya hanya memperbetulkan semula keadaan yang sebenarnya. Anda percaya atau tidak tanya hati anda yang dekat dengan Allah SWT.
Sekian terima kasih
Dasar penipu, orang tak mampu paksa orang buat loans sampai 5 lesen untuk dia bt grup sales. Last2 x dapat apa. Kurang ajor. Sanggup menipu cakap akan tolong beria2 tapi tak langsung. Sanggup butakan mata dan hati ambil kesempatan pada orang yang banyak tanggungjawab. Banyak cara lain nak kaya. Dah lah tak kerja menipu orang.
ReplyDeleteSebenarnya ramai yang salah faham atau tidak faham dengan konsep dan ekosistem business AJ ini dan membuat research dan andaian sendiri, dan itu telah menyebabkan penyebaran fitnah walaupun dari dulu lagi tetapi sehingga ke hari ini bermacam- macam awards penghargaan dan sebagainya yang company telah achieve. Kalau sakit jumpa Doktor, Kalau kereta rosak jumpa Mechanic, Kalau nak tanya ilmu Agama jumpa Ustaz Mufti Ulama’ begitu juga dengan business ini, tanya pada ahli yang pakar dan sumber yang sahih bukan di Google yang tidak pasti kesahihannya.
ReplyDeleteP/S: Saya tidak menyebelahi mana- mana pihak cuma saya hanya mengikut peredaran semasa berkenaan business ini.
Lihat permohonan terbuka dan kena tindakan saman, jadikan sebagai pengajaran.
https://youtu.be/HPzxZNZTB38