NAK BERNIAGA TETAPI ... ?

Hari ini saya nak berkongsi tentang sifat orang kita yang berniat nak berniaga untuk tampung kos sara hidup selain daripada duit gaji tetapi hanya berhenti setakat niat sahaja tanpa tindakkan. SAYA NAK BERNIAGA TAPI MODAL TAK ADA ? Ayat seperti ini selalu saya dengar daripada mulut kawan - kawan atau ahli keluarga atau prospek yang sedang mencari peluang perniagaan bagi menampung kos sara hidup. Jika modal menjadi persoalan utama kepada tindakkan anda untuk berniaga saya percaya sampai bila - bila pun anda tidak akan berniaga. Ianya lebih kepada Alasan kepada tindakkan anda untuk keluar daripada tekanan ekonomi anda. Kenapa saya kata hanya Alasan kerana keupayaan minda anda hanya tertumpu kepada satu (1) titik kecil sahaja. Sepatutnya akan boleh berfikir diluar kotak bagaimana anda perlu berusaha untuk mendapatkan modal permulaan. Saya selalunya sarankan untuk membuat pinjaman modal. Kenapa perlu buat pinjaman modal, kerana ianya akan menjadi "push factor" untuk an...