BAHAGIAN 1 : USAHAWAN AFFILIATE MARKETING BAKAL JADI JUTAWAN ?
Part 1 : AFFILIATE MARKETING MAMPU MELAHIRKAN JUTAWAN ❔ KENAPA ❔ BAGAIMANA ❔ MENGAPA ❔
Ramai masyarakat hari amat takut dengan perkataan AFFILIATE MARKETING, kerana mereka tidak pernah tahu tentang apa itu AFFILIATE MARKETING.
Sama juga lah dengan MULTILEVEL MARKETING mula - mula diperkenalkan pada 1920. Pada 1930 sebuah syarikat vitamin kini dikenali NUTTRILITE serta sebuah syarikat pewangi kini dikenali AVON dari California, US telah menjalankan perniagaan mereka dengan kaedah MULTILEVEL MARKETING (MLM).
Kesemua syarikat MLM hanya menjual produk mereka kepada ahli sahaja dengan menawarkan pelbagai harga menarik, promosi menarik, hadiah menarik, bonus menarik serta pelbagai lagi insentif bagi tujuan MELARISKAN, MEMASARKAN dan MENGUASAI pasaran dengan nilai KEUNTUNGAN JUTAAN DOLLAR sebulan.
Syarikat - syarikat MLM tidak perlu memikirkan bagaimana untuk menjual produk mereka keseluruh dunia kerana dengan jaringan keahlian yang besar, secara tidak langsung telah menjimatkan kos pengiklanan, pemasaran dan promosi jutaan dollar setahun. Bagi menarik minat masyarakat untuk membeli serta menjadi ahli pelbagai insentif yang ditawarkan jika mereka memilih untuk menjadi ahli antaranya :
1. Harga Produk Lebih Murah
2. Keuntungan Jualan Runcit
3. Bonus Tajaan Ahli Baru
4. Bonus Jualan Kumpulan
5. Bonus Point Pembelian
6. Bonus Kesetiaan
Sebenarnya banyak lagi insentif berbentuk bonus ditawarkan bagi tujuan mencapai jualan dan keuntungan syarikat. Dan bagi ahli pula sudah tentu pulangan lumayan yang dijanjikan oleh syarikat membuatkan mereka bersungguh - sungguh merebut peluang tersebut tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada diri mereka untuk jangka masa panjang. Mereka (Ahli) cuma tahu adalah untuk dapatkan duit dan bonus yang dijanjikan oleh pihak syarikat.
Akhirnya apabila sesebuah syarikat MLM gagal mengekalkan prestasi perniagaan lama kelamaan semakin hilang daripada radar kerana terlalu banyak syarikat MLM tumbuh bak cendawan pada setiap tahun sehingga lah ke hari ini. Masyarakat sudah mula menyedari sebenarnya diri mereka hanya dipergunakan untuk melariskan produk syarikat sahaja. Yang akan meraih keuntungan berjuta - juta adalah syarikat bukan ahli.
Senario di Malaysia tetap berlaku seperti di negara - negara lain didunia yang masih mengekalkan konsep perniagaan berasaskan MLM dan dari segi perkembangan semakin menurun setiap tahun.
Saya melihat kawan - kawan yang masih lagi memilih MLM sebagai pendapatan kepada mereka menemui jalan sukar kerana dunia teknologi maklumat semakin menghimpit mereka. Pelbagai cara dan kaedah telah wujud didunia internet yang serba moden bagaimana orang ramai boleh menjana pendapatan melalui internet.
Dunia mula digegarkan dengan industri baru iaitu AFFILIATE MARKETING yang mula diperkenalkan pada tahun 1994 di US. Apa bezanya MLM & AFFILIATE MARKETING seta apa kelebihan AFFILIATE MARKETING berbanding MLM.
Saya akan jelaskan pada Part 2....
Comments
Post a Comment